Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya saya berserta dengan Ahli Jawatankuasa JKKK Kampung Kunak Jaya dapat mewujudkan sebuah blog Kampung sebagai panduan dan rujukan di masa akan datang.
Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.B Datuk Nilwan Bin Kabang, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Kawasan N.51 Kunak yang telah melantik saya sebagai Pengerusi JKKK Kg. Kunak Jaya dan ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan yang telah memberikan kerjasama kepada Jawatankuasa JKKK dalam apa juga urusan yang berkaitan dengan permasalahan Kampung.
Selaku mata dan telinga kerajaan, saya berjanji akan memberikan yang terbaik dalam mentadbir Kampung Kunak Jaya terutamanya dalam aspek meningkatkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar khususnya di Kampung Kunak Jaya.
Akhir sekali, sebagai Pengerusi JKKK saya memohon kepada semua Ahli Jawatankuasa JKKK yang dilantik agar dapat bekerjasama untuk membantu membangunkan Kampung dalam memastikan penduduk kampung tidak ketinggalan dalam aspek pembangunan sepertimana Konsep 1 malaysia yang diilhamkan oleh perdana Menteri Malaysia Y.A.B Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak " RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
Sekian dan terima kasih